BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 8



Wow! dah masuk part 8? HaHaHa kawan2 aku pon ada yang sampai dh perli-perli aku cerita pasal Jepun ni sebab tak pandai habis-habis (sudah-sudah la tu mat). Hmm kau ingat ada aku nak kisah? biarlah. Kau mau baca atau tak Blog ni, ini cerita aku..Blog aku, aku nak semat semua pengalaman dan memori aku kat sini. Kot2 besok dah tua boleh aku baca balik cerita ni kan. Bab lain tu, yang mau refer atau nak study pasal Jepun nak Travel pon bolehlah buat rujukan, kalau adalah siapa yang berminat kan. Cerita pasal travel ni tiba-tiba aku berminat plak, satu hari nanti nak buka company sendiri as travel agent..buat online service and unofficial business jak dulu, pendapat kawan2 macam mana..haa ok tak? :-)

Jenis aku ni suka travel ala BACKPACKERS sebab ramai yang nak save budjet kan and janji kau bole survive bila kau kat luar negara atau kat tempat orang lain nanti. Perkara yang paling penting kau dah ready dengan ilmu (knowledge), duit dan full preperations. Everything Insha Allah will run smoothly. Kot-kot la kan ada sesiapa yang berminat nak ke Jepun and nak aku guide dan siapkan Itinerary yang proper boleh je, aku charge la kau sikit. HeHeHe kalau ada yang berminat Insha Allah boleh la aku tolong korang dengan member aku yang ada kat Tokyo tu. Just let me know if u are interseted la. Wah! dah start dah aku offer ni buat business.


Sedih nak tinggalkan Masanori Kanke, dia baik ok!

ok part 8 ni kira hari yang terakhir dah aku nak cerita tempat-tempat yang aku dah pergi sekitar Tokyo ni (kau dah lega ek?) HaHa. Ok la, malam before kami balik Malaysia tu, adalah time tu aku call Kanke untuk hangout and ambik kami di stations Tokyo lepas balik dari Disneysea. Kanke cakap ok and dia free, lepak minum-minum make some story and go back to from the beginning cerita masa pertama kali kami jumpa di Airport Haneda. Kelakar bercampur sedih pon ada HaHaHa, sebab kenapa masa tu semuanya cepat sangat berlalu kan? Cukup 12 hari kami di Tokyo, itu pon kami tak puas lagi nak berjalan and explore habis semua bandar Tokyo ni. Tahap stamina badan kami pon dah lemah, Kjai pon dh start nak deman and batuk-batuk, istilahnya nak bagi isyarat lah cukup lah tu nak berjalan kat sini dan tiba masanya untuk kami balik Malaysia. Hmm!



UENO ZOO




Pagi hari terkahir kami di Tokyo ni, kami siap2 check-out dari hotel tu sebab masa untuk check-out dia pukul 10 pagi. Lain sikit masa dia berbanding kat Malaysia, sebab Jepun pukul 4 pagi dah terang waktu siang. So, malam tu flight kami balik ke Malaysia tengah malam nanti. Barang-barang semua kami kumpul dulu kat lobi hotel dan ikat siap2, make sure semua berkunci. Tapi Jepun ni kau tak payah la nak risau sangat. Insha Allah semuanya selamat. Walauapapun, kena berhati-hati juga.

Asalanya pagi tu kami plan nak pergi Muzeum sebab kata Kjai dia nak tengok sejarah dan artifak Jepun ni, tapi bila sampai kat area Bandar Ueno tu ternampak pulak ada Zoo kat sebelah dia, so dalam fikiran kami nak pergi Muzeum atau Zoo kata Kjai? aku pon cakap lah.."Eh ada Panda la dalam Zoo tu" tanpa fikir panjang sebab panda yang ada kat Malaysia pon orang dok heboh-heboh kat sana tapi sini kat Jepun macam biasa je. Bayar masuk pon murah dalam 600Yen = RM21.60 then kami pon cepat-cepat lah beli tiket, masuk je dalam Zoo terus nak cari panda, almaklumlah tak pernah jumpa panda. Jakun sekejap, HaHa


Finally jumpa juga Panda kan, HaHaHa comel Jew! 
Eh..Polar Bear pon ada, Haa ini pon 1st time confirm kat Malaysia
Polar Bear ni tak ada, kan? :-)

Binatang-binatang lain banyak lagi yang akan kau jumpa kat Zoo ni, tapi nak tepek dalam Blog ni cukuplah 2 ekor tu je aku letak kat sini HaHaHa, bila nak cerita balik pasal "binatang-binatang" ni aku suka cari buaya sebenarnya. Ingat lagi dulu masa zaman sekolah rendah cikgu bawa masuk Zoo, lepas tu aku tak pernah dah masuk Zoo until hari terakhir kat Ueno Zoo ni. HuHuHu sedih tak? :-p Jalan-jalan dalam Zoo tu sempatlah juga bergambar dalam taman-taman dia, cantik juga musim autumn banyak daun pokok-pokok dia dah bertukar warna. Apa lagi? kita posing la kata adik aku si Ana. Bah Jom..!!


Banyak aku curi daun kat sini nak bawa balik Malaysia jadikan souvenir. HaHa 

Amboi, adik aku ni kalau berposing kau bagi kat dia je lah..orang Malaysia kat Jepun
pon cakap rupa Che Tah! Hmm



TOKYO SKYTREE


Lepas dari Ueno Zoo tu kami terus pergi ke Tokyo Skytree Tower naik bas dari area Bandar Ueno. Boleh plak aku tertidur dalam bas time tu, penat sangat kot. Perjalanan kami dalam 45 minit macam tu sampai ke Tokyo Sktree. Sampai je terus naik ke kaunter beli tiket, mak aii orang dia punya que line ramai gilak! tapi kau tak payah risau kau just que je, sebab dia punya service sangat cepat dalam 15 minit macam tu kau dh sampai kat kaunter tiket dia untuk dapat pass masuk. Beli siap-siap then lepas tu kami turun dulu nak cari makan sebab dah lapar sangat kata Kjai. Alhamdulillah, ada hikmah dia juga kami pi makan dulu sebab timing dia masa kami kat atas tower tu kena dengan waktu sunset. Subhanallah its AMAZING view! itu jelah yang aku mampu ungkapkan time tu. I was so Excited ok. Duduk satu penjuru then mengenangkan bertapa hebatnya Negara Jepun ni sambil mata tu tak berkelip memerhati bandar Tokyo.


Tokyo Skytree, Japan
View from Skytree Tower
Mengenangkan nasib di Tokyo

Nak bagitahu kat korg, time ni aku macam nak nangis je tengok bertapa indahnya ciptaan Allah ni (I Love sunset) then ini kira klimaks dia la time aku kat Tokyo. Korang wajib taw kena datang Tokyo Skytree ni. Estimate time dia waktu sunset around pukul 3 pm macam tu then korg dah ada kat atas tu. Seriously! bila kau tengok dengan background langit dia, Mt. Fuji, and the whole Tokyo City its AWESOME! kejap lagi nak malam lepas sunset, then kau bole nampak lampu-lampu kecil menghiasi bandar Tokyo. Just perfect time!

Untuk makluman korang juga, Tokyo Skytree ni baru siap dibina pada tahun 2012 dan merupakan Tower yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter juga struktur bangunan kedua yang tertinggi di dunia selepas Burj Khalifah, Dubai dengan ketinggian 828 meter. Then, kalau kau nak compare dengan Petronas Twin Tower (KLCC) pula ketinggian hanya 451.9 meter yang mana merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. For more info about Tokyo Skytree just click here. For sure bila aku nak ke Tokyo Japan ni aku akan datang semula ke sini. Bila kau tengok bandar Tokyo ni bertapa besarnya dan padatnya bandar dia, seolah-olah kau nampak one of Jungle steel, tak nampak pon pokok-pokok hutan tapi bandar dia sangat maju dengan teknologi yang canggih dan efisen. I really Love Tokyo 


I Love Japan
Tokyo Skytree

Lepas dari Tokyo Skytree ni, kami pon terus bergerak balik ke Hotel ambik barang and terus shot pergi ke Airport Haneda, flight kami dalam pukul 12:30 tengah malam dan akan dijangka tiba kat Kuala Lumpur pukul 8 pagi. Aku dalam train tu macam sedih je, duduk senyap and dalam fikiran "why time goes run so fast" tak sedar selama 12 hari kat sini banyak pengalaman dan cerita yang aku dapat. So far, bagi aku Japan is THE BEST country for visit untuk kau Travel and explore about people and culture, very disciplines and negara yang terbersih di dunia. Nanti esok-esok bila aku dah ada anak, aku nak dorg datang Jepun ni untuk belajar dan cari pengalaman di sini. Kalau di beri pilihan pon untuk migrate aku willing jugak, HaHaHa 

Ok guys, sayonara! sampai kita jumpa lagi. Insha Allah and next aku akan cerita pasal bajet dan kos keseluruhan selama aku kat Tokyo Jepun ni. Atleast korang boleh la bajet-bajet kan nak travel nanti and also tempat-tempat makanan halal pon nanti aku akan share sekali ok. Any questions and idea could ask me anytime. Mwah!


Next...click here for overall cost.


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1